Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Baru ada kesempatan untuk menaip karangan. Masa lapang tu
memang ada cuma pada masa yang sama ada aktiviti lain dilakukan.
Untuk permulaan ini saya menaip untuk beberapa baris bagi
memperkenalkan diri dan juga bercerita tentang apa juga yang berlaku di
persekitaran saya pada setiap hari. Sekiranya ada perkara yang menarik berlaku
dan sekiranya saya sempat mengambil gambar saya akan muat naik untuk tatapan
bersama. Mungkin ada kisah yang menarik atau sebaliknya sama-sama lah kita
ambil iktibar.
Saya, Khairul Faizi Bin Rohani. Menetap di daerah Puncak Alam (daerah baru) dan bekerja di Ampang di sebuah syarikat pembinaan. Saya terlibat dengan sebuah projek pembinaan bangunan bertingkat. Perancangan pembinaan itu ialah membina bangunan setinggi 38 tingkat. Konsep bangunan yang dibina adalah berkonsepkan ‘Service Apartment’. Bangunan yang mempunyai lot perniagaan dia tingkat bawah dan selebihnya adalah lot kediaman.

Disamping itu saya juga menjalankan perniagaan percetakan seperti mencetak banner, bunting dan poster. Selain itu ada lagi produk lain yang kedai saya keluarkan seperti mencetak sticker, wnidow sticker (seperti pelekat plastik road tax), mencetak pelan, print, membuat name card, mencetak buku dan sebagainya.
Cukup dulu buat masa ini sebagai permulaan. Ada masa
terluang saya akan sambung lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan