Halaman

Ahad, 7 April 2013


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru ada kesempatan untuk menaip karangan. Masa lapang tu memang ada cuma pada masa yang sama ada aktiviti lain dilakukan.

Untuk permulaan ini saya menaip untuk beberapa baris bagi memperkenalkan diri dan juga bercerita tentang apa juga yang berlaku di persekitaran saya pada setiap hari. Sekiranya ada perkara yang menarik berlaku dan sekiranya saya sempat mengambil gambar saya akan muat naik untuk tatapan bersama. Mungkin ada kisah yang menarik atau sebaliknya sama-sama lah kita ambil iktibar.

Saya, Khairul Faizi Bin Rohani. Menetap di daerah Puncak Alam (daerah baru) dan bekerja di Ampang di sebuah syarikat pembinaan. Saya terlibat dengan sebuah projek pembinaan bangunan bertingkat. Perancangan pembinaan itu ialah membina bangunan setinggi 38 tingkat. Konsep bangunan yang dibina adalah berkonsepkan ‘Service Apartment’. Bangunan yang mempunyai lot perniagaan dia tingkat bawah dan selebihnya adalah lot kediaman.

Disamping itu saya juga menjalankan perniagaan percetakan seperti mencetak banner, bunting dan poster. Selain itu ada lagi produk lain yang kedai saya keluarkan seperti mencetak sticker, wnidow sticker (seperti pelekat plastik road tax), mencetak pelan, print, membuat name card, mencetak buku dan sebagainya.

Cukup dulu buat masa ini sebagai permulaan. Ada masa terluang saya akan sambung lagi.

Khamis, 14 Februari 2013

Kami menyediakan perkhidmatan mencetak banner, bunting, poster sticker dan sebagainya. Harga yang kami kenakan adalah termasuk kerja-kerja artwork Harga untuk bunting dan banner yang menggunakan 'material' tarpaulin adalah RM 2.00 skp. Bagi yang menggunakan 'material' sticker (vynil), harga jualan kami adalah RM 3.50 skp. Untuk mencetak poster kami menggunakan synthetic paper. Harganya adalah RM 3.50 skp. Mencetak poster adalah kerap dibuat oleh pelajar UiTM bagi mencetak tugasan mereka yang kebiasaanya di buat dalam perisian Power Point.

Kami juga menyediakan perkhidmatan 'custom made' bagi produk yang memerlukan di cetak dalam berbagai saiz.

Bagi fotostat kami memberikan harga istimewa iaitu 4 sen setiap fotostet yang melebihi 20 helai / fotostet.

Bagi tempahan bunting, banner dan poster dan sebagainya, kami menyediakan perkhidmatan penghantaran secara pos. Harga pos akan ditanggung oleh pembeli.